Sunday, 26 April 2015

Perkenalan kita hanya sementara, semua nya bermula dengan pergaduhan, ada saja yang kami nak gaduh kn.. ada aja yang tak kena, tapi lama kelaman, aku berasa selesa. Kalau satu hari tak gaduh dengan dia, aku jadi gelisah, ternanti-nanti dia, selepas tu, aku makin selesa dengan dia, banyak masalah aku luahkan dekat dia, n kalau ada apa-apa aku minta pendapat dia.. makin lama aku kenal dia, aku rasa sayangkan dia, tapi..... sayang tak lama, satu masa tu, aku chat dengan dia, dia tanya aku suka dia tak, memang aku tak mengaku, tapi satu mesej aku hanta buat dia faham aku suka dia. Malam tu berakhir dengan seronok, tiada lagi gaduh seperti selalu. Tapi satu hari, aku lawan comment dekat wechat dia, bila tengah seronok-seronok lawan comment, tiba-tiba dia kata "leave me", terkedu aku seketika, namun itu yang dia minta, aku hanya menurut, sampai sekarang ni, aku dah tak berhubung dengan dia, rindu memang rindu.. terlalu rindu, namun apa yang boleh aku buat, tu yang dia inginkan... 😔

No comments:

Post a Comment