Perkenalan kita hanya sementara, semua nya bermula dengan pergaduhan, ada saja yang kami nak gaduh kn.. ada aja yang tak kena, tapi lama kelaman, aku berasa selesa. Kalau satu hari tak gaduh dengan dia, aku jadi gelisah, ternanti-nanti dia, selepas tu, aku makin selesa dengan dia, banyak masalah aku luahkan dekat dia, n kalau ada apa-apa aku minta pendapat dia.. makin lama aku kenal dia, aku rasa sayangkan dia, tapi..... sayang tak lama, satu masa tu, aku chat dengan dia, dia tanya aku suka dia tak, memang aku tak mengaku, tapi satu mesej aku hanta buat dia faham aku suka dia. Malam tu berakhir dengan seronok, tiada lagi gaduh seperti selalu. Tapi satu hari, aku lawan comment dekat wechat dia, bila tengah seronok-seronok lawan comment, tiba-tiba dia kata "leave me", terkedu aku seketika, namun itu yang dia minta, aku hanya menurut, sampai sekarang ni, aku dah tak berhubung dengan dia, rindu memang rindu.. terlalu rindu, namun apa yang boleh aku buat, tu yang dia inginkan... 😔
Sunday, 26 April 2015
Thursday, 23 April 2015
Pergaduhan
Pergduhan.. sekali lagi aku terlibat degan pergaduhan, tetapi kali ini dengan rakan serumah aku, aku tak tahu mana silapnya, dia mengatakan aku kurang ajar, entah la macam mana lagi aku nak hormat dya,aku sendiri tak tahu, takan smpai nak sanjung dya, kalau dia sendiri tak pernah hormat orang, agak-agak ada ke orang nak hormat dya? Kadang aku pelik,asik-asik nak bangkitkan isu umur, ye tahu dia lagi tua dari aku, tapi tak kesah la tua ke muda, bukan itu menentukan kita matang ke tak, apa yang penting cara kita berfikir n menyesikan masalah, tahu la tak semua manusia sempurna, kadang ada juga salah yang kita buat, tapi kalau asik nak kata aku lagi tua, jadi aku matang!! Korang muda masih budak-budak sampai bila nak macam tu? Sampai masa aku dah malas nak layan, lantak la nak nagis ke apa, bukan sebelum ni aku tak cuba berbaik-baik tapi macam aku terhegeh-hegeh pula, bila dia buat tak tahu.. so lepas ni sorry to say, memang tak ada la aku buat baik kat dia, aku pum manusia ada ego, ada tahap sabar kn😃
Tuesday, 21 April 2015
Sahabat
Dalam persahabatan kadang kala ada jugak yang akan terasa, seperi mana yang aku lalui. Slalu saja benda yang aku buat bernasalah, macam orang lain tak buat salah, kadang-kadang kesalahan orang lain tetapi aku yang kena, memang tidak adil, kadang aku merasa menyesal berada di sini, tapi mungkin disebalik semua ini ada hikmahnya, kesabaran yang tinggi penting untuk terus berada di sini😔
Monday, 20 April 2015
Pedih
Memang hati ini terlalu pedih, pedih dengan apa yang berlaku, aku cuba untuk jauh dari dia, tetapi ternyata aku tak boleh, setipa hari aku rindu kan dia, walau sekarang aku dah tak mesej dia, tapi aku akan tegok kembali mesej yang lepas, degar lagu yang dia hanta, n tegok gamba dia, kalau ikutkan hati aku, nak ja aku cari dia, tapi aku terpaksa cekalkan hati, tidak mencari dia, kerana itu yang dia inginkan, mahu aku pergi dari dia, memang aku megaku selalu saja air mata mengalir, kerana rasa pedih itu... bila hati aku sudah lembut untuk menerima cinta, ini yang aku dapat, hanya merana dibayangi si dia😔
Friday, 17 April 2015
Raudah
Raudah membawa Maksud taman syurga, mendegar nya saja sudah tenang, aku Bukan la orang baik, mengharapkan kebaikan slalu bersama ku, sering saja diri ini melakukan dosa, raudah, Bila mendegarnya, aku ingin menjadi raudah, seperti taman syurga, tenang, cantik dan segala kebaikan nya... Namun aku sedar, aku manusia, selalu leka, sering lakukan kesalahan, hidup ini terlalu rumit untuk dijalani. Raudah terlalu indah
Saturday, 11 April 2015
Gagal
Salah aku jugak kerana terlalu lemah di samping nya, mudah nya aku cairkan hati aku untuk dia, kerana terlalu ikut cakap orang sekeliling aku untuk menerima dia, aku menderita, setelah aku betul-betul lembutkan hati untuk dia ini yang aku dapat, rupanya selama ini dia hanya terima cabaran orang sahaja, sakit nya hati ini, bila dapat tahu aku ini hanya la cabaran dia saja, dia dicabar untuk lembutkan hati aku yang macam batu ini, sekali lagi aku gagal, gagal menemui cinta yang sememangnya untuk aku.
Perit
Sakit, perit, derita nya hati ini, bila kita dah luah apa yang kita rasa, sedang bahagia dengan dia tiba2, dia suruh tinggal kan dia, bertapa hancur nya hati, setelah aku lembutkan hati ini untuk dia, ini yang aku dapat? Dia buat aku sayangkan dia dan kemudian tingalkan aku berseorangan, menangung rasa ini, bila aku sudah terbuka hati ini yang aku dapat.
Thursday, 9 April 2015
Amani
Hari ini kolej ada buat majlis, jemput budak tadika, seronok sangat rasanya, pertama kali, aku melibatkan diri dalam program macam ni.. tapi.. ada seorang budak ni, terlalu manja dengan aku, dia datang dekat aku, aku suruh dia duduk sebelah aku, tapi dia tak nak, dia nak duduk atas pangku aku, bila dia duduk dekat aku, terus ja dia lentokan badan dia dekat aku, manja sangat... bila aku nak bergambo dengan dia pun sama, yang buat aku pelik, bila kawan aku nak bergambo dengan dia, tak pulak dia buat macam tu, dengan orang lain tak pulak dia manja macam tu, lama sangat dia duduk dekat aku, bila aku cerita benda ni dekat kawan aku yang ada pengalaman uruskan budak-budak dia kata mungkin ada sesuatu yang tak kena, mungkin muka aku seiras dengan orang yang dia sayang. Tapi terasa terkilang jugak aku, aku tak tanya apa yang dia nak, bila aku bagi tau nama aku.. dia tegok ja muka aku, lama pulak tu.. maybe ada benda yang tak kena.. aku harap sangat berjumpa lagi dengan budak tu, mungkin ada sesuatu yang dia inginkan dekat aku. Selama ni budak-budak tak pernah nak dekat aku, tapi budak ni tak, terlalu manja macam aku ni ibu dya... amani i hope you come to me again...😊
Tuesday, 7 April 2015
Penyeri aku
Pertama kali aku jumpa dia, kami selalu bergaduh, ada aja benda yang nak digadukan, angin aku makin menjadi bila dengan dia... tapiiii... lama kelaman marah itu bertuka jadi mesra dan happy.. dia banyak mengubah aku, banyak membuatkan aku gembira, tiap kali aku keliru untuk buat keputusan aku akan tanya pendapat dia, aku lebih selesa luahan semua yang jadi dekat dia, rasa happy ja bila dengan dia... tapiii... aku takut bila aku memikir masa hadapan, aku takut hati aku akan berubah pada masa hadapan, yaaa memang aku dah berjaya dalam misi mencari cinta aku, tapiii.. bila cinta datang, perasan ragu-ragu juga datang membuatkan aku menjadi buntu😞