Monday, 31 August 2015

Tolong kuat hati!!!!

Tolong kuat hati!!!
Bukan hati ini tak kuat, tapi ada masa aku terasa sangat lemah dalam beberapa perkara, sering sahaja hati ini terguris dengan berapa perkara, kadang perkara yang kecik pn boleh buat hati terguris. Lumberah dalam hidup ada bahagia ada derita, tapi bila derita datang, rasa tak kuat dah hati ni, memang pedih sangat... cuma kesabaran yang penting, untuk terus kuat menghadap semuanya...

Friday, 26 June 2015

Aku pun tak tahu salah kat mana, dengan  tiba-tiba dorang menjauh. Igat aku tak da hati ka? Sangup buat macam ni, mereka inginkan bersama tanpa aku.. jadi apa lagi yang boleh aku buat? Tak kan aku nak terus terhegeh-hegeh kt dia..

Monday, 22 June 2015

Cinta pertama

Aku mengenalinya secara tiba-tiba, pada mula perkenalan, memang aku tunjuk kekasaran aku, tiada langsung sifat lemah lembut yang aku tunjukan pada dia, kenapa aku buat macam tu? Sebab aku nak seseorang yang terima aku tu mampu menerima kekuragan aku. Lama kelaman aku mula selesa berkawan dengan dia, cara dia yang gila-gila tu membuatkan hati aku mula satu perasan yang lain, yang selama ni aku tak merasainya. Memang pada mulanya, aku cuba mengawal perasan tu, aku cuba singkirkan perasan tu dari hati aku, aku cuba menidakan semua tu... tapi.... benda yang melibatkan perasan sampai bila mampu kita tahan? Lama kelaman aku mula tidak dapat mengawal perasan aku, aku jadi rindu dia, sesak dada ini, bila merindui dia. Pernah satu hari dia mengajak aku untuk serius dalam perhubugan, namun disebabkan aku yang menidakan perasan cinta itu, aku menolaknya. Kini bila aku sedar aku tak mampu menidakan lagi kehadiran cinta di hati, aku mula mengejar dia, aku mencari dia... namun, harapan aku tak kesanpayan, bila aku terlewat, pintu hatinya sudah tertutup untuk menerima sesiapa pun, dia mengharap hubugan kami kekal sebagai kawan. Memang sukar untuk aku melupakan cinta itu, namun demi kebaikan aku, aku harus cekalkan kembali hati ini.
-sekian-

Wednesday, 10 June 2015

Perluang

Memang aku selalu melakukan kesalahan, tetapi aku jugak inginkan perluang untuk membuktikan yang aku mampu, kenapa susah sangat nak beri aku perluang untuk aku buktikan aku mampu untuk melakukan nya, sampai bila lagi aku boleh bertahan dengan semua ini😔

Friday, 5 June 2015

Hati tolong kuat

Selagi kita hidup, kita tak akan lari dari masalah, kemana saja kita pergi, jauh mana pun kita lari, masalah tetap ada, semua tu terletak pada kecekalan hati kita untuk lalui. Aku dengan masalah tak pernah lari, kadang baru seketika aku nak rasa bahagia, masalah akan datang menimpa, kadang aku sendiri tak sangup menghadap semua ni, kecekalan hati aku semakin kurang, hati aku mudah rapuh, mudah tergores, sampai masa aku terlalu penat melayan kerenah orang disekeling aku, orang yang aku sangka ada disamping aku, mula menyalah kan aku atas apa yang jadi, aku tak kehendak semua tu jadi, memang aku mengaku aku salah, tapi jangan seratus peratus salahkan aku, semua orang buat salah, kenapa harus jadi macam ni, mungkin sampai masa aku jadi seorang pendiam untuk mencekalkan balik hati aku. Memang hati aku hancur dengan apa yang jadi, terkilang sangat degan tuduhan2 dorang kt aku.

Sunday, 17 May 2015

Subjek cinta

Kalau kita dah belajar subjek cinta, kita tak akan dapat patah balik, memang mulut  boleh kata kita kuat, kita dapat lupakan dia, tapi hty kita mcm mna? Subjek cinta, subjek yang paling senang untuk dipelajari tapi susah untuk menghayati😥

Monday, 11 May 2015

Dia

Makin hari makin aku igat kat dia, selalu saja aku terbayang muka dia, aku memang cuba untuk melupa, segala gambar dia aku buang, aku block dia, tapi hati aku masih lagi tak boleh buang dia

Sunday, 26 April 2015

Perkenalan kita hanya sementara, semua nya bermula dengan pergaduhan, ada saja yang kami nak gaduh kn.. ada aja yang tak kena, tapi lama kelaman, aku berasa selesa. Kalau satu hari tak gaduh dengan dia, aku jadi gelisah, ternanti-nanti dia, selepas tu, aku makin selesa dengan dia, banyak masalah aku luahkan dekat dia, n kalau ada apa-apa aku minta pendapat dia.. makin lama aku kenal dia, aku rasa sayangkan dia, tapi..... sayang tak lama, satu masa tu, aku chat dengan dia, dia tanya aku suka dia tak, memang aku tak mengaku, tapi satu mesej aku hanta buat dia faham aku suka dia. Malam tu berakhir dengan seronok, tiada lagi gaduh seperti selalu. Tapi satu hari, aku lawan comment dekat wechat dia, bila tengah seronok-seronok lawan comment, tiba-tiba dia kata "leave me", terkedu aku seketika, namun itu yang dia minta, aku hanya menurut, sampai sekarang ni, aku dah tak berhubung dengan dia, rindu memang rindu.. terlalu rindu, namun apa yang boleh aku buat, tu yang dia inginkan... 😔

Thursday, 23 April 2015

Pergaduhan

Pergduhan.. sekali lagi aku terlibat degan pergaduhan, tetapi kali ini dengan rakan serumah aku, aku tak tahu mana silapnya, dia mengatakan aku kurang ajar, entah la macam mana lagi aku nak hormat dya,aku sendiri tak tahu, takan smpai nak sanjung dya, kalau dia sendiri tak pernah hormat orang, agak-agak ada ke orang nak hormat dya? Kadang aku pelik,asik-asik nak bangkitkan isu umur, ye tahu dia lagi tua dari aku, tapi tak kesah la tua ke muda, bukan itu menentukan kita matang ke tak, apa yang penting cara kita berfikir n menyesikan masalah, tahu la tak semua manusia sempurna, kadang ada juga salah yang kita buat, tapi kalau asik nak kata aku lagi tua, jadi aku matang!! Korang muda masih budak-budak sampai bila nak macam tu? Sampai masa aku dah malas nak layan, lantak la nak nagis ke apa, bukan sebelum ni aku tak cuba berbaik-baik  tapi macam aku terhegeh-hegeh pula, bila dia buat tak tahu.. so lepas ni sorry to say, memang tak ada la aku buat baik kat dia, aku pum manusia ada ego, ada tahap sabar kn😃

Tuesday, 21 April 2015

Sahabat

Dalam persahabatan kadang kala ada jugak yang akan terasa, seperi mana yang aku lalui. Slalu saja benda yang aku buat bernasalah, macam orang lain tak buat salah, kadang-kadang kesalahan orang lain tetapi aku yang kena, memang tidak adil, kadang aku merasa menyesal berada di sini, tapi mungkin disebalik semua ini ada hikmahnya, kesabaran yang tinggi penting untuk terus berada di sini😔

Monday, 20 April 2015

Pedih

Memang hati ini terlalu pedih, pedih dengan apa yang berlaku, aku cuba untuk jauh dari dia, tetapi ternyata aku tak boleh, setipa hari aku rindu kan dia, walau sekarang aku dah tak mesej dia, tapi aku akan tegok kembali mesej yang lepas, degar lagu yang dia hanta, n tegok gamba dia, kalau ikutkan hati aku, nak ja aku cari dia, tapi aku terpaksa cekalkan hati, tidak mencari dia, kerana itu yang dia inginkan, mahu aku pergi dari dia, memang aku megaku selalu saja air mata mengalir, kerana rasa pedih itu... bila hati aku sudah lembut untuk menerima cinta, ini yang aku dapat, hanya merana dibayangi si dia😔

Friday, 17 April 2015

Raudah

Raudah membawa Maksud taman syurga, mendegar nya saja sudah tenang, aku Bukan la orang baik, mengharapkan kebaikan slalu bersama ku, sering saja diri ini melakukan dosa, raudah, Bila mendegarnya, aku ingin menjadi raudah, seperti taman syurga, tenang, cantik dan segala kebaikan nya... Namun aku sedar, aku manusia, selalu leka, sering lakukan kesalahan, hidup ini terlalu rumit untuk dijalani. Raudah terlalu indah

Saturday, 11 April 2015

Gagal

Salah aku jugak kerana terlalu lemah di samping nya, mudah nya aku cairkan hati aku untuk dia, kerana terlalu ikut cakap orang sekeliling aku untuk menerima dia, aku menderita, setelah aku betul-betul lembutkan hati untuk dia ini yang aku dapat, rupanya selama ini dia hanya terima cabaran orang sahaja, sakit nya hati ini, bila dapat tahu aku ini hanya la cabaran dia saja, dia dicabar untuk lembutkan hati aku yang macam batu ini, sekali lagi aku gagal, gagal menemui cinta yang sememangnya untuk aku.

Perit

Sakit, perit, derita nya hati ini, bila kita dah luah apa yang kita rasa, sedang bahagia dengan dia tiba2, dia suruh tinggal kan dia, bertapa hancur nya hati, setelah aku lembutkan hati ini untuk dia, ini yang aku dapat? Dia buat aku sayangkan dia dan kemudian tingalkan aku berseorangan, menangung rasa ini, bila aku sudah terbuka hati ini yang aku dapat.

Thursday, 9 April 2015

Amani

Hari ini kolej ada buat majlis, jemput budak tadika, seronok sangat rasanya, pertama kali, aku melibatkan diri dalam program macam ni..  tapi.. ada seorang budak ni, terlalu manja dengan aku, dia datang dekat aku, aku suruh dia duduk sebelah aku, tapi dia tak nak, dia nak duduk atas pangku aku, bila dia duduk dekat aku, terus ja dia lentokan badan dia dekat aku, manja sangat... bila aku nak bergambo dengan dia pun sama, yang buat aku pelik, bila kawan aku nak bergambo dengan dia, tak pulak dia buat macam tu, dengan orang lain tak pulak dia manja macam tu, lama sangat dia duduk dekat aku, bila aku cerita benda ni dekat kawan aku yang ada pengalaman uruskan budak-budak dia kata mungkin ada sesuatu yang tak kena, mungkin muka aku seiras dengan orang yang dia sayang. Tapi terasa terkilang jugak aku, aku tak tanya apa yang dia nak, bila aku bagi tau nama aku.. dia tegok ja muka aku, lama pulak tu.. maybe ada benda yang tak kena.. aku harap sangat berjumpa lagi dengan budak tu, mungkin ada sesuatu yang dia inginkan dekat aku. Selama ni budak-budak tak pernah nak dekat aku, tapi budak ni tak, terlalu manja  macam aku ni ibu dya... amani i hope you come to me again...😊

Tuesday, 7 April 2015

Penyeri aku

Pertama kali aku jumpa dia, kami selalu bergaduh, ada aja benda yang nak digadukan, angin aku makin menjadi bila dengan dia... tapiiii... lama kelaman marah itu bertuka jadi mesra dan happy.. dia banyak mengubah aku, banyak membuatkan aku gembira, tiap kali aku keliru untuk buat keputusan aku akan tanya pendapat dia, aku lebih selesa luahan semua yang jadi dekat dia, rasa happy ja bila dengan dia... tapiii... aku takut bila aku memikir masa hadapan, aku takut hati aku akan berubah pada masa hadapan, yaaa memang aku dah berjaya dalam misi mencari cinta aku, tapiii.. bila cinta datang, perasan ragu-ragu juga datang membuatkan aku menjadi buntu😞

Tuesday, 31 March 2015

Keliru

Satu perasan yang aku sendiri tidak tahu maksudnya, yang pasti, aku selalu megigat si dia, cukup dengan mendegar nama nya sahaja, boleh membuatkan aku tersenyum, sering kali aku melihat gamba nya. Aku sendiri tidak pasti dengan perasan ini, aku tak berani untuk meluahkan, takut aku tersalah, dan ianya akan membuatkan aku menderita

Ooooooo

Apa perasan korang, kalau korang mesej orang, orang tu cuma balas ooooo, kita ni punya la beria luah kesedihan kita, harap dia bagi pendapat, tentang masalah kita, tapi si dia cuma balas ooooo, kononya, kalau ada masalah kongsi la dengan saya, mana nak tahu saya boleh tolong, tapi dengan membalas ooooo bukan mengurangkan tekanan, tapi menambagkan lagi tekanan.😭

Monday, 30 March 2015

Kawan

Benda yang kebiasan Bila kita berkawan,  memang Akan ada antara kita Akan terasa hati... Tapi demi sebuah persahabatan. Yang mengiginkan ianya terus bertahan, kadang kala... kita perlu mengalah, Dan mengangap positif semua perkara, ya... Kita manusia biasa sampai Bila kita boleh bersabar. Kalau kita ingin persahabatan kita berkekalan, mengalah la walaupun ianya sukar☺